Akta Pengurusan Strata (Akta 757)
Kerajaan telah meluluskan Akta 757 berkuatkuasa pada tahun 2015 menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dengan elemen penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat di dalam kedua-dua Akta tersebut. Dengan kuatkuasa Akta 757 diharap dapat meminimumkan permasalahan yang berlaku terhadap perlaksanaan Akta sedia ada.
Akta Pengurusan Strata (Akta 757) adalah undang-undang yang diperuntukan untuk mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan bangunan bertingkat atau tanah yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong sehingga ke peringkat selepas perbadanan pengurusan diwujudkan.