Kaedah adalah suatu perincian undang-undang yang digubal berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan oleh akta ibu seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Berikut adalah senarai Kaedah yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Jasin iaitu :
- Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Melaka) 2004
- Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Melaka) (Pindaan) 2005
- Kaedah -Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Negeri Melaka) 2007
- Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Jasin (Kelakuan dan Tatatertib) 2008
- Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Tatatertib Majlis Perbandaran Jasin 2008
- Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am)(Negeri Melaka) (Pindaan Jadual Ketiga) 2013
- Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok (Negeri Melaka) 2017
- Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am)(Negeri Melaka) (Pindaan Jadual Pertama) 2019
- Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am)(Negeri Melaka) (Pindaan Jadual Ketiga) 2019
Berikut adalah Peraturan yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Jasin:
- Peraturan - Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Negeri Melaka) 2012
Enakmen adalah suatu undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya diterima pakai di seluruh negeri tersebut sahaja. Majlis Perbandaran Jasin menggunapakai satu (1) enakmen iaitu seperti berikut:
-
Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2001
BIL | TAJUK UNDANG-UNDANG KECIL | PUNCA KUASA | KUASA | TARIKH SIARAN WARTA |
---|---|---|---|---|
1 |
UUK Pengendali Makanan (MDJ) 1983 |
Akta 171 | M.P.U 22 | 26 Mei 1983 |
2 | UUK Kerja - Tanah (MDJ) 1983 | Akta 133 | M.P.U 23 | 26 Mei 1983 |
3 | UUK Kebersihan Awam (MDJ) 1983 | Akta 171 | M.P.U 7 | 26 April 1984 |
4 | UUK Bangunan Seragam 1984 | Akta 133 | M.P.U 16 | 26 Disember 1985 |
i)UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 1996 | Akta 133 | M.P.U 2 | 1 Ogos 1996 | |
ii)UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 2000 | Akta 133 | M.P.U 1 | 17 Februari 2000 | |
iii)UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 2007 | Akta 133 | M.P.U 5 | 12 April 2007 | |
iv)UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 2012 | Akta 133 | M.P.U 27 | 5 Julai 2012 | |
v) UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 2019 | Akta 133 | M.P.U 14 | 10 Oktober 2019 | |
vi) UUK Bangunan Seragam (Pindaan) 2022 | Akta 133 | M.P.U 2 | 17 Februari 2022 | |
5. | UUK Nama Premis (MDJ) 1988 | Akta 133 | M.P.U 14 | 2 Mac 1989 |
6. | UUK Pasar Malam/ Sehari (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 7 | 3 Februari 2011 |
7. | UUK Tandas Awam (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 8 | 3 Februari 2011 |
8. | UUK Pelesenan Penjaja dan Gerai (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 9 | 3 Februari 2011 |
i)UUK Pelesenan Penjaja dan Gerai (MPJ) 2011 Pembetulan | Akta 171 | M.P.U 14 | 1 Mac 2012 | |
9. | UUK Vandalisme (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 10 | 3 Februari 2011 |
10. | UUK Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 11 | 3 Februari 2011 |
11. | UUK Iklan (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 12 | 3 Februari 2011 |
12. | UUK Pelesenan Tred (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 13 | 3 Februari 2011 |
i) UUK Pelesenan Tred (MPJ) (Pindaan) 2014 | Akta 171 | M.P.U 6 | 26 Februari 2015 | |
13. | UUK Hotel (MPJ) 2011 - kuatkuasa 1.9.2011 | Akta 171 | M.P.U 24 | 25 Ogos 2011 |
i) UUK Hotel (MPJ) (Pindaan) 2012 | Akta 171 | M.P.U 18 | 29 Mac 2012 | |
ii)UUK Hotel (MPJ)(Pindaan) 2017 | Akta 171 | M.P.U 20 | 9 November 2017 | |
14. | UUK Jalan, Parit dan Bangunan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPJ) 2011 | Akta 133 | M.P.U 26 | 29 September 2011 |
15. | UUK Taman (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 7 | 19 Januari 2012 |
16. | UUK Iklan Pilihan Raya (MPJ) 2011 | Akta 171 | M.P.U 8 | 19 Januari 2012 |
17. | UUK Pasar-Pasar (MPJ) 2012 | Akta 171 | M.P.U 15 | 29 Mac 2012 |
18. | UUK Pelesenan Haiwan Ternakan (MPJ) 2012 | Akta 171 | M.P.U 23 | 7 Jun 2012 |
19. | UUK Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPJ) 2013 | Akta 171 | M.P.U 24 | 05 Disember 2013 |
20. | UUK Pengurangan Fi Lesen (MPJ) 2014 | Akta 171 | M.P.U 1 | 15 Januari 2015 |
i) UUK Pengurangan Fi Lesen (MPJ) (Pindaan) 2021 | Akta 171 | M.P.U 29 | 25 November 2021 | |
21. | UUK Fi (MPJ) 2016 | Akta 171 | M.P.U 4 | 28 April 2016 |
22. | UUK Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Kerajaan Tempatan (MPJ) 2016 | Akta 171 | M.P.U 16 | 29 September 2016 |
23. | UUK SPA (MPJ) 2018 | Akta 171 | M.P.U 7 | 29 Mac 2018 |
24. | UUK Pelesenan Petempatan Makanan (MPJ) 2020 | Akta 171 | M.P.U 14 | 18 Jun 2020 |
i) UUK Pelesenan Petempatan Makananan (MPJ) 2020 Pembetulan | Akta 171 | M.P.U 1 | 14 Januari 2021 | |
25. | UUK Ternakan Ayam-Itik (MPJ) (Pembetulan) | Akta 171 | M.P.U 16 | 3 November 2022 |
#Â Mengikut Tajuk UUK
# Sehingga 04.04.2023
SINOPSIS
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (4) Perkara 76, Perlembagaan Persekutuan mengenai segala peruntukan dan undang-undang berkenaan dengan penyusunan semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan.
Secara keseluruhannya Akta ini terbahagi kepada lima belas (15) bahagian besar yang merangkumi peruntukan mengenai tafsiran pentadbiran pihak berkuasa tempatan, pekerja pihak berkuasa tempatan, penjalanan urusan, kacau ganggu, akaun dan audit, peruntukan am kewangan, kacau, kebersihan, pasar, krematorium dan sebagainya yang meliputi sebanyak seratus enam puluh enam (166) seksyen di dalamnya.
Majlis Perbandaran Jasin menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.